Monday, March 14, 2016

Menjual diri..

Namamu teratas...

Hari Jumaat yang lepas, ada beberapa pekerja baharu yang masuk. Team Training akan membawa mereka ronda2 kilang dan memberi tunjuk ajar yang perlu.

Hari kedua, mereka akan di bawa ke Line untuk di ajar cara2
pemasangan. Pada masa-masa begini, pekerja baru tidak akan di tinggal sendirian, kecuali ada hal teramat pentng atau
panggilan alam sahaja (Toilet lar..!)

Malangnya, ada seorang rakan Team Training kita yang tersilap langkah..!

Sewaktu dia ke tandas, tak sampai 3 minit pun, Bos besar masuk Line tu dan tengok orang baru buat kerja sendirian. Bila Bos tanya tanya siapa Trainer, pekerja baru pula tak tahu nama rakan kita tu...

Ingat pesanan ini...

Setiap Salesman/Saleswoman (Jurujual) akan menjual dirinya terlebih dahulu sebelum menjual produk. Tak kiralah samada jurujual kereta atau jurujual Insuran sekalipun.

Mengapa?
Untuk membina kepercayaan.

Kita membeli sesuatu apapun, biasanya kerana kepercayaan. Kita tak akan membeli sesuatu yang kita ragu2 mengenainya.

Berbalik cerita rakan kita tadi. Dia tersilap kerana tidak menjual diri secukupnya.
Mungkin dia telah perkenalkan dirinya secara sepintas lalu, tidak cukup laku untuk pekerja baru mengingati namanya.

Belajarlah menjual diri sendiri, sebelum menjual produk...

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment