Friday, March 11, 2016

Membawa anak melancong

                        

Mungkin kerana kekangan wang, maka saya tidak pernah membawa keluarga melancong kemana-mana sebelum ini.
Suatu hari selepas waktu kerja, sebelum bertolak pulang sempat berbual dengan Bos. Kebetulan beliau baru pulang dari bercuti.

Nasihatnya, bawalah anak2 bercuti ketika mereka masih kecil. Semakin meningkat dewasa, mereka akan lebih selesa dengan kawan2 untuk kemana2.

Ciptalah kenangan gembira bersama mereka untuk dikongsi dengan anak cucu bila kita sudah tiada.

Dari hari itu, saya berusaha untuk membawa anak2 bercuti walau sekali sahaja dalam setahun. Biasanya selepas mendapat bonus tahunan.

Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment