Dari kecil, kita di ajar untuk melihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula sebelum melintas jalan.
Dengan kata lain, mata kita melihat kenderaan yang datang tetapi otak tidak memproses apa yang mata nampak, kita terus melintas jalan dan mungkin akan mendapat kemalangan.
Contoh lain yang mudah.
Sepanjang perjalanan kita ke tempat kerja, kita akan melihat puluhan atau ratusan nombor Plet kenderaan lain yang bergerak di sekeliling kita. Mata kita melihat tetapi, kita tak akan ingat nombor2 Plet ini kerana otak kita tidak memproses untuk mengingatinya!
Tumpuan..
Cara yang mudah yang di anjurkan adalah dengan menunjuk dengan jari telunjuk.
Dalam solat, sepanjang waktu kita di sunatkan untuk melihat ke tempat sujud. Tetapi, sewaktu duduk tasyahud dan membaca Attahiyyatulmuba... apabila tiba waktu menyebut kalimah syahadah, kita di sunatkan melihat ke arah jari telunjuk.
Kenapa? Anda tafsirkan sendiri.
Jika anda berpeluang ke negara Jepun, kanak2 di ajar bukan hanya melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas, malahan mereka di minta untuk mengangkat sedikit tangan separas bahu dan menunjuk dengan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan mengikut mata.
Di kilang...
Contoh
Apabila kita telah selesai memasang berbilang skru (2 atau lebih), untuk memastikan skru2 tersebut telah semuanya telah dipasang, kita bukan hanya melihat ke arah skru2 tersebut, tetapi perlu menunjuk ke arah mereka agar otak kita telah benar2 memproses dan memastikan skru2 itu betul2 terpasang..!
Kegunaan yang lain.
Apabila kita ingin mempastikan kita tidak was-was samada telah buat atau tidak sesuatu perkara di kemudian waktu, tunjuk ke arah apa yang telah anda buat apabila selesai.
Sebagai contoh, apabila anda ingin kemana-mana dan sebelum keluar dari rumah, apabila mematikan semua suis barangan elektrik, tunjuk ke arah suis setelah selesai.
Anda tak akan was-was lagi seperti "Eh! Aku dah Off ka lampu tadi?". "Dah padam ka api dapur tatsat?" dan sebagainya.
Semoga bermanfaat