Beberapa minggu yang lepas, saya pergi ke sebuah Pejabat Tanah dan Daerah untuk urusan harta pusaka tinggalan ibu. Terdapat beberapa poster dan banner yang menarik tentang 5S yang kononnya di amalkan di pejabat itu.
Apabila saya menerangkan tujuan saya ke pejabat pada hari tersebut, kerani atau mungkin pegawai yang bertugas meminta saya menunggu sebentar untuk mencari fail yang berkenaan.
Fail tersebut di bawa setelah 4 jam kemudian kerana sukar di temui.
Pastinya 5S belum lagi difahami sepenuhnya. 5S bukan setakat menampal poster yang besar2 sahaja. Terdapat pengisian yang amat mudah disebut tapi sukar di laksana tanpa iltizam yang teguh.
Ingin saya terangkan makna 2S yang pertama. 3S yang seterusnya saya akan terangkan apabila 2S ini di fahami dan terlaksana sepenuhnya.
5S yang pertama – Seiri
Ianya amat mudah
1. Buang barangan atau alatan atau apa sahaja yang tidak berkenaan dengan urusan kerja.
2. Simpan alatan yang tidak berguna dengan harapan ada gunanya di masa hadapan adalah penyebab utama 5S yang pertama selalunya gagal.
3. Tiada alatan yang rosak. Semua alatan yang rosak hendaklah di perbaiki segera. Jangan simpan alatan atau barangan yang tidak berguna. Bertangguh-tangguh adalah kerja syaitan.
4. Jangan sekali-kali membawa alatan peribadi yang tiada kena-mengena dengan urusan kerja anda. Anda datang ke tempat kerja untuk bekerja, tiada yang lain.
5S yang kedua – Seiton
1. Pastikan apa saja yang anda ingin guna boleh di dapati dengan mudah.
2. Anda tidak perlu mencari alatan apabila ianya anda ingin guna. Pastikan anda hanya perlu ambil sahaja.
3. Ingat, Mencari bukanlah termasuk dalam urusan “ kerja”
4. Bayangkan anda seorang doktor bedah, tentu segala alatan pembedahan tersusun dan boleh didapati dengan mudah. Kalau anda terpaksa mencari gunting, pisau, jarum dan sebagainya, pesakit anda mati terkejut melihat “kerja” anda.
Senangkan.. cubalah…
No comments:
Post a Comment