Tuesday, May 26, 2009

Menilai semula DEB

Hanya sebuah pandangan

Hampir 40 tahun DEB di laksanakan. Sistem yang Allahyarham Tun Dr Ismail anggap, memalukan bangsa Melayu itu sendiri.

Selama ini, kaum bukan Bumiputera tidak pernah membantah dengan keras dasar ini. Malahan memberi sokongan kepada Barisan Nasional untuk memerintah negara. Dengan kata lain, "Kaum bumiputera ambil lah 30 peratus kekayaan negara, kami redha.." Kenapa kita masih gagal?

DEB sudah sampai ke penghujungnya. Mahu atau tidak, sistem ini perlu dihapuskan. Selain dari memalukan Bumiputera, pada umumnya DEB ini tidak membantu pembentukan 1Malaysia.

Cadangan Orang Kilang

Suatu Yayasan perlu di tubuhkan. Yayasan ini perlu di anggotai oleh bijak pandai dalam segala bidang dari kaum bumiputera. Ambil sahaja 30 peratus dari kekayaan negara ketika ini dan biarkan Yayasan ini menguruskan segalanya.

Jika selama ini kaum bukan Bumiputera mampu bersabar untuk "memberi" kekayaan negara kepadaa kaum Bumiputera, tentunya pemberian terakhir kalinya ini tidak akan di bantah.

Selepas ini, segalanya bersandarkan meritokrasi. Tiada lagi kuota dan diskaun untuk bumiputera. Seandainya Yayasan ini gagal, ianya kegagalan Bumiputera dan janganlah kita menyesal.

Percayalah, jika ini mampu dilaksana, kuranglah irihati dan syak wasangka antara kaum. 1Malaysia yang sebenar makin hampir.

Saturday, May 23, 2009

Rempit...

Semalam kat berita TV3, ada cadangan tak mau guna istilah Mat Rempit.
Mungkin ada kesan psikologi.. Entah lah.. Saya tak pasti..

Kat kilang, kalau ada masalah berkaitan kerja, kita gunakan konsep 5M..
Man, Method, Machine dan seterusnya...

Berkenaan Rempit ini, nape tak tekankan kepada Machine?
Motosikal itu mungkin punca sebenar..

Saya hampir setiap tahun pergi atas urusan kerja ke Jepun.
Disana, tiada motosikal berkuasa pertengahan.
Iaitu berkuasa antara 80cc hingga 200cc..
Motosikal inilah yang diguna kebanyakan Mat Rempit..

Di Jepun, kalau berkuasa rendah 50cc berbadan skuter..
Berkuasa tinggi pula 250cc dan ke atas sahaja.. SuperBike..
Tiada yang pertengahan..

Kalau nak berempit menggunakan skuter, tentunya perlahan..
Nak Rempit guna SuperBike, jangan harap kebanyakan Mat Rempit mampu nak beli..

Di Malaysia, haramkan penjualan Motosikal berkuasa pertengahan..
Mungkin perlahan, tetapi kesannya akan terasa selepas motosikal
berkuasa pertengahan yang ada sekarang sudah hilang power..

Mungkin setahun, tapi masalah Rempit tentunya selesai...

Sunday, May 17, 2009

Kalau lah...

Malas nak komen hal-hal politik ni

Sebagai orang kilang, terfikir juga la..

Jikalau Jawatan Menteri Besar Perak tu kerja kat kilang, tentu Nizar dan Zambrey boleh kerja shift - Nizar 12 jam siang dan Zambrey 12 jam malam.

Minggu depan tukar lah pulak, Zambrey siang dan Nizar malam.. Boleh?

5S - Makna 2S yang pertama

Beberapa minggu yang lepas, saya pergi ke sebuah Pejabat Tanah dan Daerah untuk urusan harta pusaka tinggalan ibu. Terdapat beberapa poster dan banner yang menarik tentang 5S yang kononnya di amalkan di pejabat itu.

Apabila saya menerangkan tujuan saya ke pejabat pada hari tersebut, kerani atau mungkin pegawai yang bertugas meminta saya menunggu sebentar untuk mencari fail yang berkenaan.

Fail tersebut di bawa setelah 4 jam kemudian kerana sukar di temui.

Pastinya 5S belum lagi difahami sepenuhnya. 5S bukan setakat menampal poster yang besar2 sahaja. Terdapat pengisian yang amat mudah disebut tapi sukar di laksana tanpa iltizam yang teguh.

Ingin saya terangkan makna 2S yang pertama. 3S yang seterusnya saya akan terangkan apabila 2S ini di fahami dan terlaksana sepenuhnya.

5S yang pertama – Seiri
Ianya amat mudah
1. Buang barangan atau alatan atau apa sahaja yang tidak berkenaan dengan urusan kerja.
2. Simpan alatan yang tidak berguna dengan harapan ada gunanya di masa hadapan adalah penyebab utama 5S yang pertama selalunya gagal.
3. Tiada alatan yang rosak. Semua alatan yang rosak hendaklah di perbaiki segera. Jangan simpan alatan atau barangan yang tidak berguna. Bertangguh-tangguh adalah kerja syaitan.
4. Jangan sekali-kali membawa alatan peribadi yang tiada kena-mengena dengan urusan kerja anda. Anda datang ke tempat kerja untuk bekerja, tiada yang lain.

5S yang kedua – Seiton
1. Pastikan apa saja yang anda ingin guna boleh di dapati dengan mudah.
2. Anda tidak perlu mencari alatan apabila ianya anda ingin guna. Pastikan anda hanya perlu ambil sahaja.
3. Ingat, Mencari bukanlah termasuk dalam urusan “ kerja”
4. Bayangkan anda seorang doktor bedah, tentu segala alatan pembedahan tersusun dan boleh didapati dengan mudah. Kalau anda terpaksa mencari gunting, pisau, jarum dan sebagainya, pesakit anda mati terkejut melihat “kerja” anda.

Senangkan.. cubalah…

Thursday, May 14, 2009

Aku Kerja Kilang

Kali pertama membina blog.

Untuk nyatakan pendapat sendiri, kalau ada yang ingin berkongsi pengalaman dan idea berkenaan kilang tempat bekerja.

Insya Allah, blog ini akan saya muatkan idea2 saya dan pengalaman harian saya, mungkin sesuai di guna pakai di tempat yang lain.