Allah..
Mahkamah tertinggi di Malaysia telah memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna pakai sebagai terjemahan untukTuhan kepada penganut agama lain.
Sebelum ini, ada bermacam hujah dan alasan dari pehak yang bertentangan.
Mufti Perlis sendiri pun, condong ke arah membenarkan penggunaan Allah bermaksud Tuhan. Mufti-mufti dari negeri lain, lebih cenderung kepada tidak membenarkan.
Semoga Hakim-hakim yang telah bersidang, telah di beri taufik dan hidayah oleh Ar-Rahman Ar-Rahim untuk membuat keputusan yang terbaik untuk Islam di Malaysia sekarang dan demi masa hadapan.
Allah hu Ta'ala a'lam.
Friday, December 25, 2009
Sunday, November 1, 2009
Perah Otak...
Malaskah kita..?
Setiap hari kita akan memberi alasan atau mendengar berbagai alasan untuk tidak melakukan kerja, juga alasan untuk tidak membuat pembaharuan atau penambahbaikan dalam urusan kerja.
Kita sering memerah otak untuk tidak melakukannya.
Mengapa ini terjadi?
Kenapa kita tidak memerah otak untuk melakukannya?
Cubalah kita memerah otak untuk memajukan kerja kita, bukan memerah otak untuk mencari alasan untuk tidak membuat kerja.

Sunday, August 16, 2009
Jiwa Lemah Melayu...
Cuba perhatikan..
Apabila kita bercakap dengan orang Malaysia berbangsa India, bahasa kita tunggang terbalik mengikuti bahasa mereka, dengan Cina pun sama.
Hatta apabila berbual dengan orang indonesia pun, kita terikut-ikut.
Kenapa begitu lemah jiwa kita?
Orang Indonesia tidak pun begitu.
Mula hari ini, marilah kita bercakap bahasa Melayu, bukan rojak tunggang terbalik lagi.... Boleh??

Undi Lagi..
Permatang Pasir
Saya pengundi berdaftar di sini.
Beberapa bulan lepas dah undi untuk Parlimen Permatang Pauh.
Meriah gak la...

Thursday, June 11, 2009
FAM dan Bolasepak...
Malaysia berada di ranking FIFA yang ke berapa sekarang?
Peminat bolasepak di Malaysia sudah malu untuk mengetahui.
Tapi kita masih menyokong.. Tentunya..
Mungkin FAM mampu...
1. Pilih 24 calon yang terbaik dari lepasan SPM yang hebat dalam bolasepak.
Hantarlah belia belasan tahun ini ke beberapa negara yang maju dalam permainan ini.
2. Buatlah sebagaimana JPA, MARA, Petronas dan berbagai Yayasan yang lain, yang sanggup melabur jutaan ringgit setahun, untuk menghantar pelajar ke luar negara.
3. Pilihlah akademi bolasepak yang terbaik di beberapa negara yang berbeza.
4. Kepada pemain, berikan pinjaman / biasiswa untuk sara hidup di sana, dan FAM juga perlulah lunaskan segala yuran dan bayaran berkaitan kepada akademi terbabit.
5. Sebagai contoh, 3 Orang Penjaga Gol, hantarlah ke akademi di Mexico. 8 Orang pemain pertahanan, hantarlah ke Brazil, 4 pemain sayap ke Sepanyol, 5 pemain tengah ke England dan 4 lagi penyerang, hantarlah ke Jerman.
6. Sebaiknya, setiap pemain belajar di akademi yang berbeza agar mereka tidak berkampung Malaysia. Dengan cara ini, mereka lebih cepat menguasai bahasa di tempat mereka belajar.
7. Selepas 3 tahun, mereka telah mempunyai pengalaman yang cukup, tidak lagi malu alah untuk menghadapi lawan dari negara mana sekalipun.
8. Pada masa itu, Malaysia sudah mempunyai pemain-pemain yang hebat di semua posisi.
9. Hantarlah setiap tahun sekurang-kurangnya selama 10 tahun. Dalam masa yang sesingkat ini, kita telah mempunyai lebih 200 orang pemain bertaraf dunia.
10. Sekembali mereka ke tanah air, jika ada pasukan negeri yang berminat untuk mengambil mereka sebagai pemain, seperti kebiasaan, yuran akan di kenakan dan FAM masih boleh membuat keuntungan.
Ataupun, FAM boleh lakukan sebegini...
1. Setiap tahun kita mempunyai pertandingan Bolasepak kalahmati peringkat MSSM. Dari peringkat Daerah, Negeri dan akhirnya peringkat kebangsaan.
2. Promosikan pertandingan ini. Setiap kali perlawanan pringkat kebangsaan, siarkan secara langsung di TV.
3. Dapatkan penaja yang kaya dan ikhlas. Jemputlah ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan setiap pemain untuk datang menyokong di Stadium Nasional.
4. Di peringkat kebangsaan, hanya satu perlawanan kalah mati sahaja di adakan setiap hari.
5. Setiap kali ada pasukan yang kalah, penuhkan dengan emosi sebagaimana hebatnya Akademi Fantasia. Alirkan airmata pemain agar menjadi kenangan seumur hidup mereka.
6. Sebelum pertandingan peringkat kebangsaan bermula, krew-krew TV bolehlah membuat dokumentari tentang pasukan-pasukan yang mewakili setiap negeri. Fokuskan juga pemain-pemain yang hebat dan menjadi harapan setiap pasukan itu.
7. Bendera sekolah yang kalah akan di ikat pada tombak yang panjang. Tombak yang tergantung padanya bendera-bendera sekolah yang kalah pada tahun tersebut, akan di simpan oleh juara pada tahun itu.
8. Juara adalah pasukan yang tidak pernah kalah sepanjang pertandingan berlangsung, dari peringkat daerah, negeri sehingga peringkat kebangsaan. Mereka sebenar-benar JUARA.
Berminat..?

Saturday, June 6, 2009
P Ramlee
P Ramlee memang hebat..
Orang-orang Melayu masih meminati lagu-lagu dan filem-filem P Ramlee.
Mungkin kerana itu, pemikiran orang Melayu sekarang, masih kekal di tahun 50-an.
Adalah lebih baik, filem-filem P Ramlee di televisyen di kurangkan tayangannya.
Sebulan sekali pun sudah dikira terlalu banyak.
Sampai bila kita inginkan pemikiran kita,anak dan cucu kita kolot dan ketinggalan.? Selamanya..?
Orang kilang akui kehebatan P Ramlee dan pemikiran beliau di zamannya.
Diulangi, di zamannya..
Tetapi, kita tidak akan maju ke depan, kalau asyik undur sepanjang masa.
Semoga Allah mengampuni P Ramlee dan orang-orang Islam yang lain, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Tuesday, May 26, 2009
Menilai semula DEB
Hanya sebuah pandangan
Hampir 40 tahun DEB di laksanakan. Sistem yang Allahyarham Tun Dr Ismail anggap, memalukan bangsa Melayu itu sendiri.
Selama ini, kaum bukan Bumiputera tidak pernah membantah dengan keras dasar ini. Malahan memberi sokongan kepada Barisan Nasional untuk memerintah negara. Dengan kata lain, "Kaum bumiputera ambil lah 30 peratus kekayaan negara, kami redha.." Kenapa kita masih gagal?
DEB sudah sampai ke penghujungnya. Mahu atau tidak, sistem ini perlu dihapuskan. Selain dari memalukan Bumiputera, pada umumnya DEB ini tidak membantu pembentukan 1Malaysia.
Cadangan Orang Kilang
Suatu Yayasan perlu di tubuhkan. Yayasan ini perlu di anggotai oleh bijak pandai dalam segala bidang dari kaum bumiputera. Ambil sahaja 30 peratus dari kekayaan negara ketika ini dan biarkan Yayasan ini menguruskan segalanya.
Jika selama ini kaum bukan Bumiputera mampu bersabar untuk "memberi" kekayaan negara kepadaa kaum Bumiputera, tentunya pemberian terakhir kalinya ini tidak akan di bantah.
Selepas ini, segalanya bersandarkan meritokrasi. Tiada lagi kuota dan diskaun untuk bumiputera. Seandainya Yayasan ini gagal, ianya kegagalan Bumiputera dan janganlah kita menyesal.
Percayalah, jika ini mampu dilaksana, kuranglah irihati dan syak wasangka antara kaum. 1Malaysia yang sebenar makin hampir.

Saturday, May 23, 2009
Rempit...
Semalam kat berita TV3, ada cadangan tak mau guna istilah Mat Rempit.
Mungkin ada kesan psikologi.. Entah lah.. Saya tak pasti..
Kat kilang, kalau ada masalah berkaitan kerja, kita gunakan konsep 5M..
Man, Method, Machine dan seterusnya...
Berkenaan Rempit ini, nape tak tekankan kepada Machine?
Motosikal itu mungkin punca sebenar..
Saya hampir setiap tahun pergi atas urusan kerja ke Jepun.
Disana, tiada motosikal berkuasa pertengahan.
Iaitu berkuasa antara 80cc hingga 200cc..
Motosikal inilah yang diguna kebanyakan Mat Rempit..
Di Jepun, kalau berkuasa rendah 50cc berbadan skuter..
Berkuasa tinggi pula 250cc dan ke atas sahaja.. SuperBike..
Tiada yang pertengahan..
Kalau nak berempit menggunakan skuter, tentunya perlahan..
Nak Rempit guna SuperBike, jangan harap kebanyakan Mat Rempit mampu nak beli..
Di Malaysia, haramkan penjualan Motosikal berkuasa pertengahan..
Mungkin perlahan, tetapi kesannya akan terasa selepas motosikal
berkuasa pertengahan yang ada sekarang sudah hilang power..
Mungkin setahun, tapi masalah Rempit tentunya selesai...

Sunday, May 17, 2009
Kalau lah...
Malas nak komen hal-hal politik ni
Sebagai orang kilang, terfikir juga la..
Jikalau Jawatan Menteri Besar Perak tu kerja kat kilang, tentu Nizar dan Zambrey boleh kerja shift - Nizar 12 jam siang dan Zambrey 12 jam malam.
Minggu depan tukar lah pulak, Zambrey siang dan Nizar malam.. Boleh?

5S - Makna 2S yang pertama
Beberapa minggu yang lepas, saya pergi ke sebuah Pejabat Tanah dan Daerah untuk urusan harta pusaka tinggalan ibu. Terdapat beberapa poster dan banner yang menarik tentang 5S yang kononnya di amalkan di pejabat itu.
Apabila saya menerangkan tujuan saya ke pejabat pada hari tersebut, kerani atau mungkin pegawai yang bertugas meminta saya menunggu sebentar untuk mencari fail yang berkenaan.
Fail tersebut di bawa setelah 4 jam kemudian kerana sukar di temui.
Pastinya 5S belum lagi difahami sepenuhnya. 5S bukan setakat menampal poster yang besar2 sahaja. Terdapat pengisian yang amat mudah disebut tapi sukar di laksana tanpa iltizam yang teguh.
Ingin saya terangkan makna 2S yang pertama. 3S yang seterusnya saya akan terangkan apabila 2S ini di fahami dan terlaksana sepenuhnya.
5S yang pertama – Seiri
Ianya amat mudah
1. Buang barangan atau alatan atau apa sahaja yang tidak berkenaan dengan urusan kerja.
2. Simpan alatan yang tidak berguna dengan harapan ada gunanya di masa hadapan adalah penyebab utama 5S yang pertama selalunya gagal.
3. Tiada alatan yang rosak. Semua alatan yang rosak hendaklah di perbaiki segera. Jangan simpan alatan atau barangan yang tidak berguna. Bertangguh-tangguh adalah kerja syaitan.
4. Jangan sekali-kali membawa alatan peribadi yang tiada kena-mengena dengan urusan kerja anda. Anda datang ke tempat kerja untuk bekerja, tiada yang lain.
5S yang kedua – Seiton
1. Pastikan apa saja yang anda ingin guna boleh di dapati dengan mudah.
2. Anda tidak perlu mencari alatan apabila ianya anda ingin guna. Pastikan anda hanya perlu ambil sahaja.
3. Ingat, Mencari bukanlah termasuk dalam urusan “ kerja”
4. Bayangkan anda seorang doktor bedah, tentu segala alatan pembedahan tersusun dan boleh didapati dengan mudah. Kalau anda terpaksa mencari gunting, pisau, jarum dan sebagainya, pesakit anda mati terkejut melihat “kerja” anda.
Senangkan.. cubalah…

Thursday, May 14, 2009
Aku Kerja Kilang
Kali pertama membina blog.
Untuk nyatakan pendapat sendiri, kalau ada yang ingin berkongsi pengalaman dan idea berkenaan kilang tempat bekerja.
Insya Allah, blog ini akan saya muatkan idea2 saya dan pengalaman harian saya, mungkin sesuai di guna pakai di tempat yang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)