Thursday, June 11, 2009

FAM dan Bolasepak...

Malaysia berada di ranking FIFA yang ke berapa sekarang?
Peminat bolasepak di Malaysia sudah malu untuk mengetahui.
Tapi kita masih menyokong.. Tentunya..

Mungkin FAM mampu...

1. Pilih 24 calon yang terbaik dari lepasan SPM yang hebat dalam bolasepak.
Hantarlah belia belasan tahun ini ke beberapa negara yang maju dalam permainan ini.

2. Buatlah sebagaimana JPA, MARA, Petronas dan berbagai Yayasan yang lain, yang sanggup melabur jutaan ringgit setahun, untuk menghantar pelajar ke luar negara.

3. Pilihlah akademi bolasepak yang terbaik di beberapa negara yang berbeza.

4. Kepada pemain, berikan pinjaman / biasiswa untuk sara hidup di sana, dan FAM juga perlulah lunaskan segala yuran dan bayaran berkaitan kepada akademi terbabit.

5. Sebagai contoh, 3 Orang Penjaga Gol, hantarlah ke akademi di Mexico. 8 Orang pemain pertahanan, hantarlah ke Brazil, 4 pemain sayap ke Sepanyol, 5 pemain tengah ke England dan 4 lagi penyerang, hantarlah ke Jerman.

6. Sebaiknya, setiap pemain belajar di akademi yang berbeza agar mereka tidak berkampung Malaysia. Dengan cara ini, mereka lebih cepat menguasai bahasa di tempat mereka belajar.

7. Selepas 3 tahun, mereka telah mempunyai pengalaman yang cukup, tidak lagi malu alah untuk menghadapi lawan dari negara mana sekalipun.

8. Pada masa itu, Malaysia sudah mempunyai pemain-pemain yang hebat di semua posisi.

9. Hantarlah setiap tahun sekurang-kurangnya selama 10 tahun. Dalam masa yang sesingkat ini, kita telah mempunyai lebih 200 orang pemain bertaraf dunia.

10. Sekembali mereka ke tanah air, jika ada pasukan negeri yang berminat untuk mengambil mereka sebagai pemain, seperti kebiasaan, yuran akan di kenakan dan FAM masih boleh membuat keuntungan.

Ataupun, FAM boleh lakukan sebegini...

1. Setiap tahun kita mempunyai pertandingan Bolasepak kalahmati peringkat MSSM. Dari peringkat Daerah, Negeri dan akhirnya peringkat kebangsaan.

2. Promosikan pertandingan ini. Setiap kali perlawanan pringkat kebangsaan, siarkan secara langsung di TV.

3. Dapatkan penaja yang kaya dan ikhlas. Jemputlah ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan setiap pemain untuk datang menyokong di Stadium Nasional.

4. Di peringkat kebangsaan, hanya satu perlawanan kalah mati sahaja di adakan setiap hari.

5. Setiap kali ada pasukan yang kalah, penuhkan dengan emosi sebagaimana hebatnya Akademi Fantasia. Alirkan airmata pemain agar menjadi kenangan seumur hidup mereka.

6. Sebelum pertandingan peringkat kebangsaan bermula, krew-krew TV bolehlah membuat dokumentari tentang pasukan-pasukan yang mewakili setiap negeri. Fokuskan juga pemain-pemain yang hebat dan menjadi harapan setiap pasukan itu.

7. Bendera sekolah yang kalah akan di ikat pada tombak yang panjang. Tombak yang tergantung padanya bendera-bendera sekolah yang kalah pada tahun tersebut, akan di simpan oleh juara pada tahun itu.

8. Juara adalah pasukan yang tidak pernah kalah sepanjang pertandingan berlangsung, dari peringkat daerah, negeri sehingga peringkat kebangsaan. Mereka sebenar-benar JUARA.

Berminat..?

Saturday, June 6, 2009

P Ramlee

P Ramlee memang hebat..

Orang-orang Melayu masih meminati lagu-lagu dan filem-filem P Ramlee.
Mungkin kerana itu, pemikiran orang Melayu sekarang, masih kekal di tahun 50-an.

Adalah lebih baik, filem-filem P Ramlee di televisyen di kurangkan tayangannya.
Sebulan sekali pun sudah dikira terlalu banyak.

Sampai bila kita inginkan pemikiran kita,anak dan cucu kita kolot dan ketinggalan.? Selamanya..?

Orang kilang akui kehebatan P Ramlee dan pemikiran beliau di zamannya.
Diulangi, di zamannya..

Tetapi, kita tidak akan maju ke depan, kalau asyik undur sepanjang masa.

Semoga Allah mengampuni P Ramlee dan orang-orang Islam yang lain, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati.